Aktiviti ke 3 tahun 2012
Nampaknya tahun ni aku telah dikurniakan satu lagi berita gembira...selepas saja balik dari umrah aku telah disahkan hamil lagi....kali ke 8. Tapi kali ni untuk anak yang ke 6. Aku berdoa semoga kali ni kandungan ku selamat insyaallah mudah mudahan. Semasa aku menulis blog ni kandungan ku sudah mencecah 4 bulan syukur alhamdulilah moga2 selamat hingga ke akhirnya. Due aku sepatutnya 2.1.2013 tapi takut2 juga aku bersalin lebih awal dari jangkaan itu kerana kebiasaannya aku selalu bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan.
Tahun ini juga merupakan tahun terakhir aku menghabiskan pengajianku. Lagi 2 minggu aku nak final exam utk sem ini. Lepas itu aku sambung pulak bulan 9 utk sem yang terakhir dan exam buat kali yang terakhir juga bulan 12 tahun ni. Masa tu kandungan ku dah sarat mudah mudahan aku diberi kesihatan yang baik dan sempat menduduki exam yang terakhir, harap2 baby ku tak keluar lagi ler pada masa itu. Bagi la peluang mama dia habiskan exam dulu ye.
Nampaknya tahun ini aku diberi dugaan dan ketabahan dalam menghadapi rencah kehidupan. Semoga allah memberkati kami sekeluarga. Rasanya setakat ini sahaja yang dapat aku coretkan...nanti sambung lagi sebab dah lenguh...hmm faham faham ajelah...jumpa lagi di masa akan datang. Asalamualaikum
Like La Dulu
Saturday, July 14, 2012
Posted by Surilawati Ismail at 4:24 AM 0 comments
Aktiviti Tahun 2012
Bulan April - 28 April 2012
Aktiviti ke 2 bagi tahu ini ...selepas saja aku balik dari umrah, aku pun berhajat membawa anak-anak bercuti di hujung minggu ke Cameron Higlands. Kami hanya bermalam semalam sahaja disebabkan cuti hanya 2 hari sahaja.Kebetulan pulaa nak sulung ku balik bercuti hujung minggu dari SBP Sains Muar Johor, jadi inilah masanya kami bersantai bersama sama. Kesian juga melihat anak ku yang terpaksa belajar dari utara ke selatan walaupun masih di tingkatan 4. Kami bermalam di puncak Arabella best sangat...tempatnya sangat selesa...udara yang nyaman sekali untuk menenangkan fikiran...
Hmm kalau dah pegi jalan2 tu tak sahlah kalau tak bergambar iya tak???Jadi aku letaklah beberapa gambar semasa aku n family pegi bercuti di sana.
Berposing di Apartmen Puncak Arabella
Diapi oleh dua anak teruna ku
Bersama dengan anak dara ku...hmm 3 orang
Kat Ladang teh....posing ler
Gaya romantik me n hubby.....
Anak anak ku....
Posted by Surilawati Ismail at 4:06 AM 0 comments
Salam semua...
Posted by Surilawati Ismail at 3:47 AM 0 comments