Pelbagai gaya

Pelbagai gaya
me laaa,sapa lagi??

Like La Dulu

Saturday, July 14, 2012

Aktiviti ke 3 tahun 2012

Nampaknya tahun ni aku telah dikurniakan satu lagi berita gembira...selepas saja balik dari umrah aku telah disahkan hamil lagi....kali ke 8. Tapi kali ni untuk anak yang ke 6. Aku berdoa semoga kali ni kandungan ku selamat insyaallah mudah mudahan. Semasa aku menulis blog ni kandungan ku sudah mencecah 4 bulan syukur alhamdulilah moga2 selamat hingga ke akhirnya. Due aku sepatutnya 2.1.2013 tapi takut2 juga aku bersalin lebih awal dari jangkaan itu kerana kebiasaannya aku selalu bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan.

Tahun ini juga merupakan tahun terakhir aku menghabiskan pengajianku. Lagi 2 minggu aku nak final exam utk sem ini. Lepas itu aku sambung pulak bulan 9 utk sem yang terakhir dan exam buat kali yang terakhir juga bulan 12 tahun ni. Masa tu kandungan ku dah sarat mudah mudahan aku diberi kesihatan yang baik dan sempat menduduki exam yang terakhir, harap2 baby ku tak keluar lagi ler pada masa itu. Bagi la peluang mama dia habiskan exam dulu ye.

Nampaknya tahun ini aku diberi dugaan dan ketabahan dalam menghadapi rencah kehidupan. Semoga allah memberkati kami sekeluarga. Rasanya setakat ini sahaja yang dapat aku coretkan...nanti sambung lagi sebab dah lenguh...hmm faham faham ajelah...jumpa lagi di masa akan datang. Asalamualaikum

0 comments: