Pelbagai gaya

Pelbagai gaya
me laaa,sapa lagi??

Like La Dulu

Wednesday, December 29, 2010

Minggu terakhir percutian

Salam buat renungan semua....


Sekejap saja masa berlalu....cuti sekolah pun dah berakhir .... tapi kerisauan masih melanda hatiku... mana kan tidak peperiksaan akhir di OUM belum habis lagi sehingga 31 Disember ini....hai tak sabar nak habiskan exam... pergi mana  pun rasa x tenang manakan tidak asyik teringat exam , exam,  exam. Kadang kadang tu gelihati juga ...risau mengalahkan masa zaman belajar dulu dulu.Agaknya ni cara orang tua belajar kut banyak komitmen yang nak difikirkan. Tapi walau apa yang berlaku perjuangan tetap diteruskan jua. Aku cuba buat sedaya upaya ku...yang lain berserah pada Allah yang maha esa. 
Alhamdulilah anak anakku semuanya berjaya dalam pelajaran masing masing... cuma yang aku risau tu ada pasang dan surutnya. Study last minute. Aku pula x boleh study macam tu...jadi kerisauan yang melampau....walaupun kadang kadang ingat,  kadang kadang bercampur aduk apa yang di baca....tapi aku redha...hmm hmm nasiblah....tinggal lagi 1 hari aku nak habiskan paper yang terakhir pada 31 hb Disember ini.... hai apalah yang nak ditanya ni. 
Sempat lagi ye aku menulis dalam blog ni, bukannya apa saja nak tenangkan fikiran yang kusut ni. Harap sapa yang membaca blog aku ni janganlah bosan, sekadar meluahkan  saja .....tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun.... hmmm. Aku stop dulu nanti aku sambung lagi bila aku habis exam buat ceta yang baru...pula


Aku sangat berharap kejayaan yang cemerlang.....aku hanya mampu berusaha .....insyaallah...


Salam ingatan...



    Hai posing ler sekali sekala....

Tuesday, December 14, 2010

SALAM BUAT SEMUA,


INI PANDUAN KEPADA YANG BERGELAR SUAMI  / ISTERI
RENUNG RENUNGKANLAH YE....

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat
 setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan
 kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan
 tahap kesihatan.

Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana
 pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai
 hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut
 terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk
 Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di
 Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat
 Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin! adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak
 sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain
 mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan,
 pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah
 Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan
 suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan
 isteri.

Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan
 peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh
 peserta persidangan itu.
 
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat
 membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
 Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih
cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah..>bukan saya





BAGAIMANA??????cuba amalkan .....

        Saya cuba dulu ye....

Tip tips menjadi keluarga bahagia

Assalamualaikum buat semua yang sudi mengunjungi  blog aku ini.

Ambilah panduan mengenai tips tips di bawah ini


     Tips Komunikasi ke Arah Meningkatkan Kasih Sayang Berkekalan

  1. Berkongsi impian dan tugasan di rumah.

  2. Tidak mudah dan tidak sesekali merasa kecewa walaupun menempuh cabaran dan masalah dalam rumahtangga.

  3. Tidak berdendam-kesumat antara satu sama lain.

  4. Sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesilapan masing-masing.

  5. Sentiasa mencari emas dalam diri pasangan.

  6. Menganggap pasangan sebagai kawan yang paling akrab.

  7. Sentiasa bersolat jemaah dan saling doa mendoakan pasangan.

  8. Berterus terang mengenai perselisihan yang kecil untuk mengelakkan konflik yang lebih besar.

  9. Memahami kepentingan hubungan seks.

  10. Mencari perubahan untuk merangsang perubahan dalam rumahtangga


    Tips Komunikasi Keluarga Cemerlang

    1. Berkongsi melakukan tugasan di rumah

    2. Berbincang dalam membuat perancangan sesama ahli kelaurga atau sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga

    3. Menggunakan humor yang bersesuaian untuk mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh konflik yang mungkin berlaku.

    4. Meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga.

    5. Makan malam bersama.

    6. Beribadah secara berjemaah.

    7. Riadah bersama keluarga atau membawa keluarga pergi bercuti di tempat yang bersesuaian.


      Moga moga kita mendapat keluarga yang bahagia dan diberkati Allah S.W.T insyaallah....


                        MY FAMILY

Mencari Erti Sebuah Perkahwinan





Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya.. .

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamudan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sek ira nyakamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telahmenemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur didepan sana . berjalanlah kamu.tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokoksaja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yangpaling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.. .

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......

tamat....


Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya . Ingat tu !!!


                                   Saat pertama aku bergelar isteri orang...umurku pada ketika itu 21 tahun. 
Alhamdulilah  bahagia bersama keluarga tercinta


                     Binalah rumahtangga atas tapak iman
                     Tuluskan niat luruskan matlamat
                    'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
                    'isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
                     penyeri Islamku nanti muktamadlah akad
                     sahlah nikah dengan nama Allah
                     gerbang perkahwinanpun terserlah
                     Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan Iman itu tujuan Syariat itu
                    jalan Tempat merujuk segala permasalahan 
                    Tempat mencari semua penyelesaian
                    - isteriku, taatilah hukum Allah....
                    - suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w


Sunday, December 12, 2010

Pelajar cemerlang

Salam buat semua yang sudi mengunjungi blog aku,




Disebabkan lagi 2 minggu lagi aku akan menghadapi final exam di OUM jadi aku mengambil  
kesempatan untuk mencari tip tips menjadi pelajar cemerlang. Pada hal sebelum ini aku sering menasihati anak muridku, tapi lama kelamaan aku perlu juga untuk diri aku sendiri.....hai ingat semula masa zaman sekolah dan semasa di pusat pengajian tinggi dulu. Antara tip tips nya seperti berikut


1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya 
4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan.  
5. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. 
6. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.
7. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh pensyarah  sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh pensyarah  berkenaan.
8. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
9. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.
10. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
11. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
12. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
13. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.
             Sekian harap jadi panduan untuk semua

Saturday, December 11, 2010

    
Salam  buat semua...


     Mesti ramai di antara anda yang berazam untuk tahun 2011 terutamanya  nak kuruskan badan, kan? Tapi, untuk menguruskan badan anda ke tahap ideal, ia bukanlah semudah yang disangka. Anda perlukan komitmen untuk merealisasikannya. Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh!

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.

Sebenarnya dulu saya mempunyai berat badan yang agak berisi, tambahan pula selepas saya melahirkan 5 orang anak dan mengamalkan pil perancang keluarga. Saya mula mengamalkan diet pada awal tahun 2009. Alhamdulilah.... dulu berat saya 57kg....dengan ketinggian 153cm saya memang nampak berisi sangat. Saya mula menjadi risau...jadi saya mengamalkan diet yang memerlukan kesabaran, ketekunan dan komitmen yang tinggi. Akhirnya... berat badan saya menjadi seperti yang diidamkan sekarang. Tanggal 12.12.2010 masih lagi 45kg...

Sebelum ni berat badan saya 43@44kg..disebabkan cuti sekolah ini saya memang tidak mengamalkan diet....jadi naik lah dalam 1kg....lepas  buka sekolah ni nanti saya akan pastikan kembali kepada asalnya.. 

       Justeru, terdapat 10 tips ringkas yang boleh anda amalkan demi mencapai impian tersebut iaitu:


1. Tetapkan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan. Iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu.

Biasanya 0.5kg adalah angka yang biasa yang mampu dicapai oleh kebanyakan anda. Tapi jangan terlalu memaksa jika anda tak mencapai sasaran awal. Jika anda dapat kurangkan 0.1kg pun dah bagus untuk permulaan.

2. Sebaiknya, lupakan niat anda untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doktor pulak tu.

Bagi anda yang nak menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkanlah memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan sebagai ganti.

5. Banyakkan minum air mineral dan jangan meminum minuman beralkohol.


6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)


Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tak mengapa. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan tv.

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.


Sebagai contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari. Iaitu 10 minit untuk setiap sesi. Boleh buat 10 minit di waktu pagi, 10 minit pada waktu tengahari dan 10 minit sewaktu petang.


10. Akhir sekali, pastikan anda mendapatkan rehat secukupnya. Contohnya waktu tidur. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.


Semoga 10 tips kuruskan badan di atas dapat membantu anda kelihatan lebih langsing ataupun mendapatkan berat badan yang ideal. Selamat berjaya...


                

Thursday, December 9, 2010

Pantun seloka

  



"Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas" itulah kata pepatah orang tua-tua. Kenyataannya hingga sekarang pantun antara  puisi melayu yang masih mendapat tempat dihati masyarakat Melayu.Tapi kini.... pantun hanya jadi satu pertandingan tidak lagi sebagai satu pemanis atau pembuka bicara. Semoga dimasa akan datang pantun tidak  terus tenggelam atau hanya menjadi sebagai satu bahan di Muzium.

      Tetak buluh panjang suluh 
       Mari jolok sarang penyengat 
Angkat doa jari sepuluh 
Doa minta biar selamat 
********** 
Lancang kuning lancang pusaka 
Nampak dari Tanjung Puan 
Kalau kering laut Melaka 
Barulah saya lupakan tuan 
********** 
Asam kandis mari dihiris 
Manis sekali rasa isinya 
Dilihat manis dipandang manis 
Lebih manis hati budinya 
********** 
Ayam hutan terbang ke hutan 
Tali tersangkut pagar berduri 
Adik bukan saudara bukan 
Hati tersangkut kerana budi 
                                                          ********** 
Halia ini tanam-tanaman 
Ke barat juga akan condongnya 
Dunia ini pinjam-pinjaman 
Akhirat juga akan sungguhnya 
********** 

   hmm hmm renung renungkanlah................

Wednesday, December 8, 2010

Untuk renungan semua...

Kasih ibu tiada ternilainya....HAYATILAH

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu

Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah 1432 bersamaan 7 Disember 2010

ssalamualaikum dan salam sejahtera.
Nampaknya tahun 1431H telah pun menemui penghujungnya dan kedatangan 1432 H perlu disambut dengan rasa syukur. Kita pun tak tahu samada kita mampu menyambut tahun 1433H yang akan datang. Seperti yang kita semua sedia maklum awal Muharam disambut di seluruh negeri bagi menandakan bermulanya tahun baru Islam. Ia bagi memperingati peristiwa Nabi Muhamad yang melakukan penghijrahan dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Memperingati tahun baru sedikit sebanyak membantu kita mengimbau kembali tahun yang lalu. Adakah kita telah berjaya melaksanakan tuntutan Islam atau masih banyak yang perlu diperbaiki. Sebagai insan biasa sudah pasti banyak dosa yang kita telah lakukan pada tahun yang sudah. Mungkin bersempena dengan tahun baru, kita perlu berazam untuk menjadi yang lebih baik samada dari segi pencapaian mahupun ibadat.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut ‘Awal Muharam’ dan semoga hidup akan menjadi bertambah baik.

sekian,

Al-kisah diriku n my family...



Biodata diriku...



Aku dilahirkan pada 19  September 1974. Aku berasal dari Balik Pulau , Pulau Pinang. Pada tahun ini genaplah umurku 36 tahun hmm hmm dah semakin berusia. Aku mendapat pendidikan di Sek Kebangsaan Sungai Korok Balik  Pulau, P.Pinang. Di  sekolah menengah aku mendapat pendidikan di SMK Seri Balik Pulau hinggalah ke tingkatan 6.

Memasuki Maktab Perguruan

Kenangan bersama kawan kawan semasa di Maktab

Semasa aku di tingkatan 6 aku telah mendapat tawaran Ke Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu....Masih terngiang ngiang sewaktu aku mendaftar di Maktab....hari pertama tiba aku telah pun dipanggil "cikgu" dalam hati aku berkata "eh belum pun belajar lagi dah panggil cikgu".Agaknya ini memang stail di situ,jadi dalam usia ku 19 tahun hingga 21 tahun  aku belajar di situ. Dalam usia yang agak muda aku telah bergelar cikgu. Opsyen ku Pengajian Sekolah Menengah KH -ERT.

Bertemu jodoh....
Kenangan Perkahwinan ku

Walaupun sebelum aku belajar di situ aku telahpun berpunya...nampaknya jodohku tidak ada...aku redha....
Semasa di Maktab ada jugalah yang cuba cuba mendekati ku tetapi hatiku pada ketika itu belum bersedia mungkin agak kecewa dengan yang pertama...hendak dipendekkan cerita aku bertemu juga jodoh disitu...tetapi bukan satu maktab tapi satu sekolah semasa aku praktikal di sebuah sekolah.....
Tak sangka aku bertemu jodoh dengan orang Johor...jadi dari Utara ke Selatan...ohh ...jauhnya....

Perkenalan yang singkat...perkahwinan

Tidak sampai 6 bulan aku telah pun bertunang dengannya...Tarikh keramat 3.6.1995 aku selamat diijabkabulkan...kami "nikah gantung" sebab masing masing belum habis study lagi pada ketika itu, pada masa itu suamiku baru saja memasuki KPLI.
Aku pula sedang meneruskan kursus induksi di sana. 20  Ogos 1995 barulah majlis kenduri dibuat...Jadi dalam usiaku 21 tahun aku telah pun bergelar "Isteri orang" pada masa itu suamiku 26 tahun. Jarak usia kami 5 tahun.

Anak -anak ku...
Gambar terkini Bulan Oktober 2010


Tidak lama selepas itu aku....bersyukur kerana dikurniakan anak pertama pada usia 22tahun. Aku mendapat anak lelaki yang diberi nama Ahmad Azamuddin, selepas itu anak ke 2 pada usia 24 tahun yang diberi nama Ahmad Aminuddin, pada usia 26 tahun pula mendapat anak ke 3 yang diberi nama Ainun Arbaina.Semua jarak di antara satu adalah 2 tahun...

Selepas itu aku mengambil keputusan untuk menjarakkan kelahiran disebabkan rasa kepenatan..namun tidak lama selepas itu lebih kurang jarak 3 tahun iaitu pada usia 29 aku melahirkan anak ke 4  yang diberi nama Ainun Adriana dan pada usia 32tahun anak ke 5 Ainun Auliana. Jarak diantaranya juga 3 tahun. Aku bersyukur aku memang cepat mendapat anak itupun sebab aku merancang kalau tidak tentu berderet...aku rasa cukuplah banyak itu cukup untuk " kuota kerajaan". Kalau anak ke 6 dah tak ada cuti...hu hu hu nak dijadikan cerita aku mengandung lagi .....
Tetapi tahun ini mungkin tidak ada rezeki..aku keguguran pada bulan 6 ...pada usia kandungan ku 3bulan...

Walau bagaimanapun aku bersyukur dengan keadaan yang ada bagi diriku ini. Walaupun tidak semewah mana rezeki anak anak tetap ada.....alhamdulilah...


                                         Teratak ku..............
Ruang makan
Ruang Tamu
Ruang tamuku
                                                                                 

Sunday, December 5, 2010

Bersama family ke Langkawi


Bersama anak ke 5 ku

Sekejap saja masa cepat berlalu....oh pantasnya.....jadi dalam blog ini aku ingin berkongsi cerita mengenai perjalananku ke Langkawi...pada 28.11.2010 - 1.12.2010.Sebelum pergi ke langkawi pada hari sabtu aku ada amali PJ di IPGM Sultan Abdul Halim. Buat pertama kalinya seumur hidupku ...melakukan aktiviti gimnastik artistik...ohh... tak sangka dengan rasa yang berdebar debar aku terpaksa melakukan juga pada hal aku tak pernah melompat di atas lombol dan melakukan gulingan...bayangkan dah berumur ni rasa segan , takut, pelik semua ada. Oleh kerana memaksa diri,  aku melakukan juga walaupun aku rasa tidak sebaik mungkin maksudnya aku hentam ajerlah....dah la yang melihat tu kawan aku yang kebetulan dah pun menjadi lecture di situ.Eh eh mana cerita ke Langkawi tu...???? nanti ini baru permulaaan ajer orang kata ni baru set induksi.

Petang itu aku bertolak ke Penang...ke rumah mak aku...esoknya anak- anak aku tak sabar nak ke Langkawi bukan tak pernah pergi tapi keinginan yang melampau nak naik kapal terbang.....kesian aku tak pernah pun bawa mereka naik flight sebelum ini. Jadi sebelum pergi tu aku dah pesan ."Ingat kita p sana bukan nak shoping ye tapi nak pergi jalan jalan makan angin" pesan ku lagi..."Kita tak boleh shoping banyak banyak sebab mama ambil bagasi untuk 15kg saja....jadi anak- anak ku setuju dan kata "orait ma".


Bersiap sedia nak pergi ke pulau

Jadi aku di sini sebenarnya nak cerita bukan pasal Langkawi sangat sebab aku tahu semua orang dah pernah pergi...aku nak cerita tentang bajet yang melampau dihabiskan disana. Hari yang ditunggu dah tiba anak-anak happy sangat lebih kurang 20minit dah sampai dah...kata orang kedah "tak dan nak hangat punkoq"....so bila sampai di sana target utama cari hotel dan cari kereta sewa. Sampai saja di airport ...berebut rebut ajen offer macam macam. Jadi kami pun setuju nak ambil kereta sewa Innova, kononnya nak selesa dan kami pun ramai 7 orang.

Di sebabkan anak2 aku teringin nak mandi kolam jadi my husband pun mencari hotel yang ada kemudahan tersebut. Jadi pilih punya pilih ...kami pun pilih Hotel Helang dekat ngan Airport. Kami di langkawi 4 hari .....puas juga lah berjalan sampai lenguh lenguh kaki. Cuma kali ni kami memberi kelainan dengan pergi ke pulau pulau yang berhampiran sambil snorkling. Masuk gua kelawar....tengok kawasan burung helang berterbangan...masuk sungai , masuk laut , masuk segalanya...dan akhirnya kami tewas apabila makan di kawasan perairan ....makan tengahari ....makanan laut yang segar....wow boleh tahan juga bayarannya.....
Jadi di sini aku nak cerita la tentang  bajet yang melampau bila datang ke langkawi ni.

Anak teruna ku kanan pertama, kiri ke 2


 My hubby di apit oleh anak ke 3 n ke 4


Sempat berposing dengan anak anak dara ku

Bayaran tiket kapal terbang untuk 7 org
pergi n balik                                                                                                  -RM 1230.00
Bayaran hotel                                                                                                -  RM 600.00
Bayaran kereta                                                                                              - RM 400.00
Bayaran ke pulau                                                                                           - RM 250.00
Minyak kereta                                                                                                - RM 100.00


Snorkling ler


Berenang jgn tak berenang nampak ke ikan tu


Ikan nampak dengan jelasnyer


Kapal mat salleh saja2 parking kat situ bila balik tempat depa

Itu baru kira pengangkutan saja tak masuk makan, minum, shoping sikit sikit....tapi begitulah kisahnya...walaupun bajet memang habis sakan aku tak kisah demi anak anak.... aku rela....yang penting depa semua gembira.....hu hu hu memang demam poket. Yang  gelihatinya aku dah pesan sebelum p jangan shoping tapi nampaknya aku yang tak tahan daulat....semua aku teringin nasib baik juga  naik flight kena kira berat bagasi.....kalau naik feri memang aku .....tak payah sebut tentu fahamkan....itulah kisah p Langkawi. Sebelum bertolak ke situ aku baru saja balik dari Thailand....tapi p berdua saja....apa apa pun aku puas cuti sekolah kali ini, cuma aku pesan kat anak anak aku jangan ganggu aku lepas balik bercuti ni "mama ada exam di OUM"  kononnya nak study tapi...... faham faham ajelah.....ya lah jumpa lagi dengan cerita cerita lain pulak di episod akan datang harap jangan boring ye.



Beberapa aksi  anak2 ku

Friday, December 3, 2010

Beberapa koleksi gambarku..

uhh..!!sejuknyer..

kenangan bersama hubby..

berposing jer..

bersantai berdua..

kenangan d tempat yg sejuk..

berposing..