"Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas" itulah kata pepatah orang tua-tua. Kenyataannya hingga sekarang pantun antara puisi melayu yang masih mendapat tempat dihati masyarakat Melayu.Tapi kini.... pantun hanya jadi satu pertandingan tidak lagi sebagai satu pemanis atau pembuka bicara. Semoga dimasa akan datang pantun tidak terus tenggelam atau hanya menjadi sebagai satu bahan di Muzium.
Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat
**********
Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Kalau kering laut Melaka
Barulah saya lupakan tuan
**********
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
**********
Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi
**********
Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya
**********
hmm hmm renung renungkanlah................
0 comments:
Post a Comment