Pelbagai gaya

Pelbagai gaya
me laaa,sapa lagi??

Like La Dulu

Saturday, July 14, 2012

Aktiviti ke 3 tahun 2012

Nampaknya tahun ni aku telah dikurniakan satu lagi berita gembira...selepas saja balik dari umrah aku telah disahkan hamil lagi....kali ke 8. Tapi kali ni untuk anak yang ke 6. Aku berdoa semoga kali ni kandungan ku selamat insyaallah mudah mudahan. Semasa aku menulis blog ni kandungan ku sudah mencecah 4 bulan syukur alhamdulilah moga2 selamat hingga ke akhirnya. Due aku sepatutnya 2.1.2013 tapi takut2 juga aku bersalin lebih awal dari jangkaan itu kerana kebiasaannya aku selalu bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan.

Tahun ini juga merupakan tahun terakhir aku menghabiskan pengajianku. Lagi 2 minggu aku nak final exam utk sem ini. Lepas itu aku sambung pulak bulan 9 utk sem yang terakhir dan exam buat kali yang terakhir juga bulan 12 tahun ni. Masa tu kandungan ku dah sarat mudah mudahan aku diberi kesihatan yang baik dan sempat menduduki exam yang terakhir, harap2 baby ku tak keluar lagi ler pada masa itu. Bagi la peluang mama dia habiskan exam dulu ye.

Nampaknya tahun ini aku diberi dugaan dan ketabahan dalam menghadapi rencah kehidupan. Semoga allah memberkati kami sekeluarga. Rasanya setakat ini sahaja yang dapat aku coretkan...nanti sambung lagi sebab dah lenguh...hmm faham faham ajelah...jumpa lagi di masa akan datang. Asalamualaikum

Aktiviti Tahun 2012

Bulan April - 28 April 2012

Aktiviti ke 2 bagi tahu ini ...selepas saja aku balik dari umrah, aku pun berhajat membawa anak-anak bercuti di hujung minggu ke Cameron Higlands. Kami hanya bermalam semalam sahaja disebabkan cuti hanya 2 hari sahaja.Kebetulan pulaa nak sulung ku balik bercuti hujung minggu dari SBP Sains Muar Johor, jadi inilah masanya kami bersantai bersama sama. Kesian juga melihat anak ku yang terpaksa belajar dari utara ke selatan walaupun masih di tingkatan 4. Kami bermalam di puncak Arabella best sangat...tempatnya sangat selesa...udara yang nyaman sekali untuk menenangkan fikiran...
Hmm kalau dah pegi jalan2 tu tak sahlah kalau tak bergambar iya tak???Jadi aku letaklah beberapa gambar semasa aku n family pegi bercuti di sana.



Berposing di Apartmen Puncak Arabella


Diapi oleh dua anak teruna ku



Bersama dengan anak dara ku...hmm 3 orang


Kat Ladang teh....posing ler
Gaya romantik me n hubby.....



Anak anak ku....

Salam semua... 


Aktiviti tahun 2012

Bulan Mac 2012
Rasanya dah lama tak update blog  ni, bz sgt ngan keja sek n keja rumah...tahun ni cuti sekolah bulan 3 hari tu aku n hubby pergi menunaikan umrah bt pertama kalinya. Alhamdulilah kami selamat pergi dan selamat kembali... ya Allah begitu teruja dan seronok sangat dapat menunaikan umrah  sehingga tak dapat digambarkan dengan kata-kata.  pelbagai pengajaran dan kenangan dapat di sana. Insyaallah jika dipanjangkan umur aku n hubby berhajat untuk kesana sekali lagi....Ada la beberapa gambar yang sempat diambil untuk dijadikan kenangan ketika disana. 


Belakang tempat saei

Bersama ahli keluarga

Indahnya pemandangan kota mekah di waktu malam

My hubby

Saya di bukit Uhud
Bersama rombongan