MARI CUBA KUT2 BERJAYA.. MANA LA TAU
1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,
tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini
menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan
makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit
dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan
enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti
anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam
bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,
mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka
yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara
perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah
dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan
kuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti
ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman
masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan
kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika
anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam
bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat
kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan
dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda
makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda
boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh
membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda
untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit
minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak
makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu
kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan
santai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan
keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan
dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,
kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan
otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik
dan merampingkan peha.
Like La Dulu
Saturday, December 10, 2011
CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN
Posted by Surilawati Ismail at 9:32 PM 0 comments
Labels: SUZIN
FAQ ( Soalan Yang Kerap di Tanya )
SOALAN INI SELALU SGT DITANYA CUBA TENGOK ..
* Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:
"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu
helikopter, lambat plak ari nie ye"
* Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda
bertanya:
"Ko nak mandi ke?"
Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang
kejap, ko nak join?"
* Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur:
"Aik? tulis surat nampak?"
Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan
aku bergerak sendiri"
* Anda sedang makan nasik dan orang tegur:
"Makan nasik?"
Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku
tengah minum teh ais nie?"
* Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer:
"Baru balik dari keje?"
Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi
keje lah nie...opis saya dah pindah kat
rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis"
* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur:
"Eh kau sibuk ke?"
Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia
pastu kompang siket pipi dia.
* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalu
bertanyer:
"Eh citer melayu ke?"
Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro
menentang Raksaser dari Planet X...ko
tunggu jap nanti otromen kuar".
Posted by Surilawati Ismail at 9:18 PM 0 comments
Labels: SUZIN
Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar
orang mengumpat.
"sampaikanlah pesanan ini walaupun dengan satu ayat.."
Posted by Surilawati Ismail at 9:12 PM 0 comments
Labels: SUZIN
Perbezaan Antara Otak Lelaki Dan Perempuan (Ujian)
Sila test...
Sila lakukan dengan betul² untuk mendapat result yg benar benar mengejutkan anda dan jangan cuba menipu diri anda sendiri (ni bukan main2 ni, nanti korang nyesal)
Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat saje INGAT:
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!
OK?
berapa banyak?
tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)
baca sekali lagi!
FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS
dah selesai? Scroll kebawah lagi ... ...
Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...
otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki
otak PEREMPUAN
Ajaib kan ?????
Posted by Surilawati Ismail at 9:05 PM 0 comments
Sunday, December 4, 2011
Cuti Sekolah bulan Nov - Disember
Salam buat semua,
Dah lama aku tak buat info terbaru dalam dalam blog ini. Semakin hari semakin sibuk, Cuti sekolah kali ini aku tak ada pergi kemana-mana kecuali pada bulan 10 hari tu aku dan sekeluarga pergi bercuti ke Kuching Sarawak selama 5 hari 4 malam..Cuti kali ini my hubby sibuk jadi ketua pengawas SPM dan aku pulak kononnya sibuk ngan study sebab aku akan menduduki exam pada 14 hb 12 ini. Tapi dalam kesibukan kami berdua ini sempatlah jugak bawa anak2 pergi ke muzium Toys dan holiday ke Langkawi.
Jadi di sini aku ada letakkan beberapa gambar kenangan ketika bercuti d sana.
Posted by Surilawati Ismail at 1:24 AM 0 comments
Saturday, May 21, 2011
Dugaan yang maha esa.....
Assalamualaikum,
Bertemu kembali kita buat kali ini.......alhamdulilah aku bersyukur terhadap ilahi kerana masih dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarga tercinta.Ya Allah sesungguhnya dugaan yang diberikan terhadap diriku sangatlah berat tetapi aku faham setiap dugaan itu mungkin ada hikmahnya yang tidak ternilainya.....aku pasrah dan redha....
Peristiwa itu berlaku pada malam 18hb Mei ...sebenarnya aku memang tak sedap hati semenjak aku mengandung kali ini tapi aku buat buat tidak tahu kerana aku tak mau memikirkan perkara yang negatif....pada mulanya aku sering mendoa jika tuhan mentakdirkan aku mengandung kali ini aku redha jika sebaliknya pun aku redha juga....
Berbalik semula kepada peristiwa 18hb Mei pada malam itu aku ke tandas seperti biasa selepas itu keluar sedikit cecair pendarahan dan aku mula suspen kerana peristiwa itu pernah berlaku di tahun yg lepas. Genaplah juga hari ini setahun telah berlaku. Malam itu aku sudah menduga perkara yang sama berulang kembali , Ya Allah adakah aku keguguran kembali seperti tahun lepas???? Firasat aku mengatakan ia.... aku tak sedap hati, tak boleh tidor pada malam itu dan suami ku mengajak pergi ke klinik tapi aku kata biarlah keesokkan harinya.
Keesokkan harinya walaupun pendarahan itu sudah berhenti, tapi aku sudah menduga yang pasti kali ini aku keguguran lagi.....ya Allah sesungguhnya ini sudah suratan aku redha menerimanya....mungkin tak ada rezeki buat kami sekeluarga lagi. Pada pagi itu aku pergi ke hospital sakit puan Zainol untuk membuat pemeriksaan aku bersedia mendengar kebarangkaliannya yang berlaku. Aku tak akan menangis kerana pada malam itu aku dah menangis sepuas puasnya.
Betullah firasatku......menurut doktor disebabkan aku pernah keguguran tahun lepas sepatutnya aku perlu menjaga kandungan ku dengan lebih rapi lagi. Aku perlu berjumpa doktor untuk diberikan rawatan, tetapi aku tidak berjumpa doktor pakar malahan aku hanya berjumpa dengan doktor biasa sahaja. Memang sewaktu scan pada mulanya doktor ada mengatakan hanya karung saja yg nampak baby tdk nampak lagi mungkin msh awai lg....so aku pun selepas itu tidak membuat pemeriksaan ingatkan cuti sekolah nanti......tapi......lain yang berlaku.
Selepas membuat pemeriksaan , doktor telah mengesahkan aku keguguran lagi....aku tidak terkejut malahan aku sudah menjangka,sesungguhnya kandungan aku telah memasuki 3 bulan lebih ataupun 14minggu. Semasa mengandung kali ini aku telah mengalami alahan yang begitu teruk...dan pada ketika itu juga aku sedang menghadapi peperiksaan akhir semester Jan. Tak dapat dibayangkan pada ketika itu aku mengalami masalah kesihatan sehingga menyukarkan aku untuk study....tapi aku paksakan diri juga demi segalanya....
Tanggal 19hb Mei 2011, aku telah pergi ke hospital pakar Zainol untuk membuat D&C.....aku dah ada pengalaman jadi tahulah bagaimana rasanya....memang ngeri apa nak buat terpaksa dilakukan juga demi kesihatan diriku. Sakit sebelum buat proses D&C hanya Allah saja yang tahu aku dimasukkan ubat dan diminta berehat 4 jam sebelum proses D&C dilakukan. Ya Allah aku redha dengan dugaan yang engkau berikan mungkin ada hikmah di sebaliknya.....tapi aku kesian juga dengan anak anakku yang mengharap kehadiran orang baru.
Mungkin aku ditakdirkan hanya mempunyai 5 orang anak saja???? atau sebaliknya itu semua kuasa tuhan yang menentukan .Sesungguhnya aku bersyukur sangat kerana aku telahpun dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 3 orang nak perempuan yang cerdik dan baik alhamdulilah......umur ku pun dan menjangkau 37 tahun. Tetapi aku mengaku memang aku merancang kalau tidak agaknya anakku tentu dah berderet deret. Ya lah manakan tidak umur 22tahun aku dah mula menimang cahayamata yang pertama.
Apa pun semua ini dugaan dari yang maha esa terhadap hambanya.....Merasa mengandung kali ke 7 walaupun 5 yang menjadi....ini semua pengalaman ku, harap janganlah bosan bila membacanya....ye
Jumpa lagi di masa akan datang , sekian wassalam
Posted by Surilawati Ismail at 3:32 AM 0 comments
Thursday, May 5, 2011
Alahan Semasa Mengandung
Salam buat semua.......
Rasanya sudah lama aku tak update blog aku ni....bz sangat...aku baru saja habis exam bagi semester ini. Ya Allah kali ni aku menghadapi dugaan yang sangat berat, aku alahan yang sangat teruk di awal kehamilan. Apa nak buat setiap kali kehamilan memang begitulah nasibku.
Jadi di sini aku ingin berkongsi tips mengenai alahan semasa mengandung kepada semua,
Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Termasuklah aku...keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.
Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.
Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.
Cara mengatasi alahan
Makanan
- Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
- Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
- Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
- Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
- Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
- Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
- Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
- Elakkan mengambil kafein dan merokok.
- Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
- Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
- Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.
- Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
- Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
- Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
- Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
- Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
- Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
- Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
- Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)
- Cadangan di atas tidak memberikan kesan.
- Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
- Berat badan anda menurun dengan banyak.
- Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
- Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
- Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.
Posted by Surilawati Ismail at 3:56 AM 0 comments
Saturday, January 8, 2011
Rahsia bintang Virgo
Salam buat semua.....
Rasanya dah lama aku tak update my blog....hmm awal tahun 2011 ni memang sibuk sangat dengan kerja kerja sekolah yang berlambak lambak apa nak buat itu memang tugas seorang guru....apa apa pun di sini aku nak berkongsi maklumat sesiapa yang berbintang Virgo macam aku....
Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 22 Ogos hingga 22 September dikatakan bernaung di bawah zodiak VIRGO, yang berlambang Seorang Gadis. Dengan yang demikian, anda suka pada kerja, hasil kerja sempurna, punya wira-diri, suci, mengutamakan penjagaan kesihatan, ada kesedaran, memberi penumpuan berdisiplin, praktikal, sedia berkhidmat dan menyeluruh.
Ciri Negatif
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa bimbang, cerewet, berpandangan sempit, terlalu tertib, suka merungut, tidak mudah mengaku kalah, dan ada ciri mengkritik.
Kualiti Astrologi
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal.
hmm .....nampaknya ciri ciri tadi adalah juga kaitan ngan aku......x lah percaya sangat sekadar hiburan.....k bye
Posted by Surilawati Ismail at 6:54 AM 0 comments