Pelbagai gaya

Pelbagai gaya
me laaa,sapa lagi??

Like La Dulu

Saturday, May 21, 2011

Dugaan yang maha esa.....

Assalamualaikum,

Bertemu kembali kita buat kali ini.......alhamdulilah aku bersyukur terhadap ilahi kerana masih dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki dan bahagia bersama keluarga tercinta.Ya Allah sesungguhnya dugaan yang diberikan terhadap diriku sangatlah berat tetapi aku faham setiap dugaan itu mungkin ada hikmahnya yang tidak ternilainya.....aku pasrah dan redha....

Peristiwa itu berlaku pada malam 18hb Mei ...sebenarnya aku memang tak sedap hati semenjak aku mengandung kali ini tapi aku buat buat tidak tahu  kerana aku tak mau memikirkan perkara yang negatif....pada mulanya aku sering mendoa jika tuhan mentakdirkan aku mengandung kali ini aku redha jika sebaliknya pun aku redha juga....

Berbalik semula kepada peristiwa 18hb Mei  pada malam itu aku ke tandas seperti biasa selepas itu keluar sedikit cecair pendarahan dan aku mula suspen kerana peristiwa itu pernah berlaku di tahun yg lepas. Genaplah juga hari ini setahun telah berlaku. Malam itu aku sudah menduga perkara yang sama berulang kembali , Ya  Allah adakah aku keguguran kembali seperti tahun lepas???? Firasat aku mengatakan ia.... aku tak sedap hati, tak boleh tidor pada malam itu dan suami ku mengajak pergi ke klinik tapi aku kata biarlah keesokkan harinya.

Keesokkan harinya walaupun pendarahan itu sudah berhenti, tapi aku sudah menduga yang pasti kali ini aku keguguran lagi.....ya  Allah sesungguhnya ini sudah suratan aku redha menerimanya....mungkin tak ada rezeki buat kami sekeluarga lagi. Pada pagi itu aku pergi ke hospital sakit puan Zainol untuk membuat pemeriksaan aku bersedia mendengar kebarangkaliannya yang berlaku. Aku tak akan menangis kerana pada malam itu aku dah menangis sepuas puasnya.

Betullah firasatku......menurut doktor disebabkan aku pernah keguguran tahun lepas sepatutnya aku perlu menjaga kandungan ku dengan lebih rapi lagi. Aku perlu berjumpa doktor untuk diberikan rawatan, tetapi aku tidak berjumpa doktor pakar malahan aku hanya berjumpa dengan doktor biasa sahaja. Memang sewaktu scan pada mulanya doktor ada mengatakan hanya karung saja yg nampak baby tdk nampak lagi mungkin msh awai lg....so aku pun selepas itu tidak membuat pemeriksaan ingatkan cuti sekolah nanti......tapi......lain yang berlaku.

Selepas membuat pemeriksaan , doktor telah mengesahkan aku keguguran lagi....aku tidak terkejut malahan aku sudah menjangka,sesungguhnya kandungan aku telah memasuki 3 bulan lebih ataupun 14minggu. Semasa mengandung kali ini aku telah mengalami alahan yang begitu teruk...dan pada ketika itu juga aku sedang menghadapi peperiksaan akhir semester Jan. Tak dapat dibayangkan pada ketika itu aku mengalami masalah kesihatan sehingga menyukarkan aku untuk study....tapi aku paksakan diri juga demi segalanya....

Tanggal 19hb Mei 2011, aku telah pergi ke hospital pakar Zainol untuk membuat D&C.....aku dah ada pengalaman jadi tahulah bagaimana rasanya....memang ngeri apa nak buat terpaksa dilakukan juga demi kesihatan diriku. Sakit sebelum buat proses D&C hanya Allah saja yang tahu aku dimasukkan ubat dan diminta berehat 4 jam sebelum proses D&C dilakukan. Ya Allah aku redha dengan dugaan yang engkau berikan mungkin ada hikmah di sebaliknya.....tapi aku kesian juga dengan anak anakku yang mengharap kehadiran orang baru.

Mungkin aku ditakdirkan hanya mempunyai 5 orang anak saja???? atau sebaliknya itu semua kuasa tuhan yang menentukan .Sesungguhnya aku  bersyukur sangat kerana aku telahpun dikurniakan 2 orang anak lelaki dan 3 orang nak perempuan yang cerdik dan baik alhamdulilah......umur ku pun dan menjangkau 37 tahun. Tetapi aku mengaku memang aku merancang kalau tidak agaknya anakku tentu dah berderet deret. Ya lah manakan tidak umur 22tahun aku dah mula menimang cahayamata yang pertama.

Apa pun semua ini dugaan dari yang maha esa terhadap hambanya.....Merasa mengandung kali ke 7 walaupun 5 yang menjadi....ini semua pengalaman ku, harap janganlah bosan bila membacanya....ye

                 Menunggu masuk ke labour room

Jumpa lagi di masa akan datang , sekian wassalam

0 comments: