Pelbagai gaya

Pelbagai gaya
me laaa,sapa lagi??

Like La Dulu

Tuesday, December 7, 2010

Al-kisah diriku n my family...



Biodata diriku...



Aku dilahirkan pada 19  September 1974. Aku berasal dari Balik Pulau , Pulau Pinang. Pada tahun ini genaplah umurku 36 tahun hmm hmm dah semakin berusia. Aku mendapat pendidikan di Sek Kebangsaan Sungai Korok Balik  Pulau, P.Pinang. Di  sekolah menengah aku mendapat pendidikan di SMK Seri Balik Pulau hinggalah ke tingkatan 6.

Memasuki Maktab Perguruan

Kenangan bersama kawan kawan semasa di Maktab

Semasa aku di tingkatan 6 aku telah mendapat tawaran Ke Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu....Masih terngiang ngiang sewaktu aku mendaftar di Maktab....hari pertama tiba aku telah pun dipanggil "cikgu" dalam hati aku berkata "eh belum pun belajar lagi dah panggil cikgu".Agaknya ini memang stail di situ,jadi dalam usia ku 19 tahun hingga 21 tahun  aku belajar di situ. Dalam usia yang agak muda aku telah bergelar cikgu. Opsyen ku Pengajian Sekolah Menengah KH -ERT.

Bertemu jodoh....
Kenangan Perkahwinan ku

Walaupun sebelum aku belajar di situ aku telahpun berpunya...nampaknya jodohku tidak ada...aku redha....
Semasa di Maktab ada jugalah yang cuba cuba mendekati ku tetapi hatiku pada ketika itu belum bersedia mungkin agak kecewa dengan yang pertama...hendak dipendekkan cerita aku bertemu juga jodoh disitu...tetapi bukan satu maktab tapi satu sekolah semasa aku praktikal di sebuah sekolah.....
Tak sangka aku bertemu jodoh dengan orang Johor...jadi dari Utara ke Selatan...ohh ...jauhnya....

Perkenalan yang singkat...perkahwinan

Tidak sampai 6 bulan aku telah pun bertunang dengannya...Tarikh keramat 3.6.1995 aku selamat diijabkabulkan...kami "nikah gantung" sebab masing masing belum habis study lagi pada ketika itu, pada masa itu suamiku baru saja memasuki KPLI.
Aku pula sedang meneruskan kursus induksi di sana. 20  Ogos 1995 barulah majlis kenduri dibuat...Jadi dalam usiaku 21 tahun aku telah pun bergelar "Isteri orang" pada masa itu suamiku 26 tahun. Jarak usia kami 5 tahun.

Anak -anak ku...
Gambar terkini Bulan Oktober 2010


Tidak lama selepas itu aku....bersyukur kerana dikurniakan anak pertama pada usia 22tahun. Aku mendapat anak lelaki yang diberi nama Ahmad Azamuddin, selepas itu anak ke 2 pada usia 24 tahun yang diberi nama Ahmad Aminuddin, pada usia 26 tahun pula mendapat anak ke 3 yang diberi nama Ainun Arbaina.Semua jarak di antara satu adalah 2 tahun...

Selepas itu aku mengambil keputusan untuk menjarakkan kelahiran disebabkan rasa kepenatan..namun tidak lama selepas itu lebih kurang jarak 3 tahun iaitu pada usia 29 aku melahirkan anak ke 4  yang diberi nama Ainun Adriana dan pada usia 32tahun anak ke 5 Ainun Auliana. Jarak diantaranya juga 3 tahun. Aku bersyukur aku memang cepat mendapat anak itupun sebab aku merancang kalau tidak tentu berderet...aku rasa cukuplah banyak itu cukup untuk " kuota kerajaan". Kalau anak ke 6 dah tak ada cuti...hu hu hu nak dijadikan cerita aku mengandung lagi .....
Tetapi tahun ini mungkin tidak ada rezeki..aku keguguran pada bulan 6 ...pada usia kandungan ku 3bulan...

Walau bagaimanapun aku bersyukur dengan keadaan yang ada bagi diriku ini. Walaupun tidak semewah mana rezeki anak anak tetap ada.....alhamdulilah...


                                         Teratak ku..............
Ruang makan
Ruang Tamu
Ruang tamuku
                                                                                 

0 comments: